F.A.Q

1. Siapakah kami?
  • Kami adalah orang tengah antara penjual dengan pembeli di mana kami mengurus barang penjual dan menemukannya kepada pembeli dengan sedikit "fee" dikenakan. Kami juga mempunyai barang/produk sendiri yang kami iklankan di dalam blog ini.
2. Saya ingin membeli barang diblog ini, tapi tak tahu macam mana nak beli?  
  • Anda boleh lihat di purchased order  dan di sana telah di sediakan borang/form untuk di isi kepada kami dan pembeli di kehendaki mengisinya dengan lengkap terutamanya alamat pembeli kerana ianya amat penting dalam proses penghantaran barang.
 3. Bagaimanakah dengan kaedah pembayaran?
  • Buat masa ini kami hanya menerima kaedah pembayaran  melalui CIMBbank sepeti yang tertera di purchased order. Pembeli dikehendaki mengisi borang/form terlebih dahulu di purchased order dan ikut arahan selanjutnyanya. Walaubagaimana pun pembeli boleh membuat pembayaran selain dari CIMBbank dan pihak kami akan memberitahu anda kaedah pembayaran selanjutnya setelah melengkapkan form.
 4. Berapa lamakah barang yang dipesan akan sampai?
  • Pihak kami menggunakan perkhidmatan Poslaju. Oleh itu, anda boleh menjangkakan, barang anda akan sampai dalam masa tidak lebih seminggu. Namun proses penghantaran ini bergantung kepada bayaran pembeli dan proses penghantaran akan lebih cepat sekiranya pembeli membayar/bankin sebelum jam 3.00 p.m masa bekerja dan pada masa cuti (sabtu & ahad) akan berlaku kelewatan sedikit.
 5. Bagaimana dengan kos penghantaran?
  • Semua harga yang ditawarkan di sini adalah termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia, Kecuali beberapa jenis barang/produk yang penghantarannya di tanggung oleh pembeli namun pembeli boleh memohon untuk membuat pengurangan beban membayar kos penghantaran dan terpulang kepada kami untuk menilai harga barang dan stock yang masih ada.
6. Sekiranya saya ingin mengiklankan barang yang ingin saya jual berapakah harga setiap iklan?dan berapakah diskaun yang saya terima sekiranya saya mempunyai banyak produk?
  • Harga bagi setiap iklan adalah RM 30.00 dan ianya adalah selamanya bergantung kepada stock anda. Sekiranya penjual mempunyai barang/produk yang banyak kami akan memberi diskaun sebanyak RM 15.00, lagi banyak iklan barang/produk lagi baik. Kami hanya menerima iklan barang sahaja iklan bisnes tidak akan dilayan.
 7. Adakah barang-barang di sini terjamin kualitinya?
  • Barang yang kami jual dan barang yang di iklankan kepada kami terjamin kualitinya dan kami akan menapis setiap barang yang ingin di iklankan kepada blog kami bagi terhindar dapirada unsur-unsur penipuan. Oleh itu, pembeli tidak perlu ragu-ragu terhadap barangan yang terdapat dalam blog ini. Walaubagaimanapun pihak kami tidak bertangungjawab keatas barang yang tidak berkualiti dari penjual, risiko di tanggung oleh pihak pembeli sendiri.
 8. Bagaimana pula dengan barang yang dipesan tidak sampai ke tangan pembeli?
  • Barang yang dibeli daripada kami mempunyai penjual daripada pihak lain dan juga barang kami sendiri, kami akan contact penjual tersebut untuk memeriksa penghantaran yang dilakukan telah selesai atau tidak. Kami akan memberikan no. parcel penghantaran poslaju kepada pembeli yang sebagai bukti bahawa barang sudah di poskan.
 9. Bolehkah saya memulangkan barang yang telah saya beli?
  • Tidak.(muktamad)
 10. Saya mahu order/booking barang menggunakan Sistem Online. Adakah saya perlu membuat pembayaran serta-merta ketika proses booking tersebut atau saya boleh bayar kemudian?Apabila membuat tempahan menggunakan Sistem Online ini? 
  • Tidak, anda tidak perlu membuat pembayaran terus kerana tujuan anda mengisi form adalah untuk memastikan barang yang diorder masih mempunyai stock atau tidak(Booking). Sekiranya stock masih ada/available kami akan menghubungi anda serta merta dan pastikan anda sms/call di no. yang disediakan agar form anda tidak tercicir di alamat e-mail kami.
 11. Bolehkah saya membuat pembayaran melalui peti surat atau wang pos? 
  • Tidak. Kerana ini adalah disebabkan faktor memproses yang lambat dan menyukarkan kami. Galakkan adalah dengan membuat online bank transfer.
 12. Bagaimana saya ingin mempromosikan iklan barang saya? 
  • Proses pengiklanan adalah sama seperti membuat order anda dikehendaki mengisi form yang lengkap di post item dan kami akan berhubung dengan anda melalui sms/call & email dan ikut arahan selanjutnya.
 13. Ini kali pertama saya menggunakan pembelian online, adakah saya akan dapat barang yang saya order?
  • Ya sudah tentu, kewujudan blog ini adalah untuk membantu dan memudahkan pembeli tanpa proses yang panjang seperti di Lelong.com untuk membuat order. Kami akan berusaha untuk mencari penjual yang jujur dan kami tidak akan menipu pelanggan kami. (Rezeki yang datang dari hasil penipuan adalah Haram)

BACA SETERUSNYA- F.A.Q
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut yang setia